iamCikgu

Can't find what you want? Search here.

Wednesday 28 January 2015

Bentuk Soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016



Copy dari laman sesawang seorg guru...mgkn kita blh sama2 renungkan dan fikir2kan..
Bentuk Soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016 
Alhamdulillah, petang tadi menghadiri mesyuarat Panitia Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Hulu Selangor 2015. 
Perkongsian yang amat bermakna daripada seorang Guru Sumber Bahasa Melayu, yang juga telah dipanggil untuk menjadi pemeriksa kertas Ujian Rintis UPSR 2016. Beliau turut berkongsi dapatan yang diperolehi.
Katanya, Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016telah dijalankan baru-baru ini. Bentuk atau gambaran soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016yang dimaklumkan bahawa kertas ini mempunyai:
1. 4 bahagian yang wajib dijawab oleh calon. 
2. Tiada soalan pilihan 
3. Setiap soalan mempunyai pecahannya. 
4. Soalan pula berbentuk struktur dan penulisan yang disertai dengan bahan grafik. 
Soalan yang diajukan menjurus ke arahpenyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Soalan yang seperti digambarkan adalah:

Bahagian A
Diberikan bahan (grafik) lampu isyarat. 
1a. Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
b. Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah apa yang akan berlaku?

Bahagian B
Bentuk Situasi
1a. Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam rumah? (10markah)
*soalan ini dikatakan menjurus ke arah nilai murni.


Bahagian C 
Diberikan bahan grafik (Pencemaran Sungai)
1. Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar.

Bahagian D


Diberikan bahan grafik iklan jualan barang elektri (tulisannya pelbagai bahasa).
*Pemilihan barang yang sesuai untuk satu-satu ruang 


Sekiranya format Bahasa Melayu UPSR sebelum-sebelum ini statik yang mana mempunyai Bahagian A (Bina Ayat), Bahagian B (Karangan) dan Bahagian C (Membina Ulasan-Nilai Murni), namun mulai UPSR 2016, format atau bentuk soalannya tidak sama setiap tahun.

Perkongsian ini sekadar pencerahan dan memberikan gambaran bentuk soalan Bahasa Malaysia UPSR 2016. Oleh itu, tidak bermakna format ini sudah ditetapkan, sebaliknya Lembaga Peperiksaan Malaysia masih tidak memuktamatkan bentuk dan masih dalam proses pembikinan. Dikatakan juga, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan buku contoh-contoh bentuk soalan KSSR yang menjurus ke arah UPSR 2016, pada tahun ini. Kita nantikan sahaja apa-apa perkembangan selanjutnya.













No comments :

Post a Comment